Friday 21 June 2019

PROSES PENUKARAN NAMA KENDERAAN DI JPJ

Assalamulaikum semua.

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku menguruskan tukar Hak milik kenderaan.

Dua minggu lepas secara rasminya aku dah jual scooter aku kepada seorang buyer. Diam tak diam hampir 5 tahun scooter tu berjasa. Dalam tempoh tu tak pernah pulak scooter ni buat hal, cuma sekali masa baru2 beli, boleh dia semput........nasib baik masih ada warranty.... Selamat poket..

Masalahnya buyer ni foreigner, mula la survey dengan kawan2. Mcm-mcm jawapan yang aku terima. Jawapan yg paling menakutkan kenderaan persendirian tak boleh dimiliki oleh foreigner......pulak....terbantut la aku nak jual......mula aku terfikir, habis tu bukan main ramai foreigners ada moto....apa cerita pulak....

Sikap tak putus asa aku membuak2....apa lagi google la..... review experience orang lain.....

Laaaa.... boleh tukar nama rupanya... Apa lagi aku pun pergi ke laman web JPJ terus aku print borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor.

Then set appointment dgn buyer ...... ... Sampai tarikh dan lokasi yg ditetapkan proses perjualan berjalan lancar....

Masa nak balik aku minta dia tanda tangan Kat borang penyata pertukaran dan minta salinan pasport...... Alhamdulillah settle.

Monday aku pergi ke Kaunter JPJ Di Petaling Jaya...... Alhamdulillah tak ramai orang..... nombor aku dipanggil di kaunter 6......tanpa buang masa aku serahkan borang pada pengawai JPJ berserta salinan IC aku Dan pasport buyer ( dalam hati bangga semua lengkap )

Tapi aku tengok pengawai JPJ tak habis2 belek borang tu dan pandang aku dengan muka confused......la kenapa pulak ni......Jangan la yg bukan2...

Akhirnya Dia tanya betul ke encik nak jual motor pada orang ni.....aku pun jawab betul la tuan.... Salinan pasport pun ada ( aku jawab dengan tegas )....

Encik salah borang ni Kata pengawai JPJ tu....... Ini borang untuk pertukaran nama kenderaan owner yang telah mati........ Adoiiiiii....... Salah borang la pulak..... Patut la pengawai tu confused..... Kah Kah....

Encik ambil borang lain Kat pengawai depan tu...isi dan bagi borang tu Kat saya semula..... Apa lagi Aku terus isi Dan serahkan kepada pengawai tadi..... Tak sampai minit proses pun selesai......TQ Abg JPJ.......

Wasup buyer minta dia pergi mana2 JPJ utk tump print Dan ambil geran baru dgn syarat mesti dlm tempoh sebelum 7 hari.... ... Alhamdulillah semuanya selesai....


Ini borang yang aku tersalah print....



Ini borang yg sebenar...... Nampak sama Tapi lain... 


Tinggal kenangan.. 


RIDE TO KG BUKIT MAT DALING


Coretan aku yang pertama ni berkisahkan pengalaman  ride dengan kawan-kawan.

Idea ni muncul selepas review pengalaman rider2 lain, biasanya diorg ride ke Thailand. Tapi aku dan kawan2 decided ride dalam Malaysia je ( sebenarnya tak berapa nak kental ride jauh2..... Kah Kah Kah) 

Selepas beberapa lokasi dipilih akhirnya idea Bro Azraii diterima. Kampung Mat Daling mu tunggu aku datang...... 

Hampir 2 bulan buat persiapan, pada awalnya setuju Nov 2018 tapi atas nasihat Bro Azraii dgn alasan musim tengkujuh ( khuatir jentera tak dapat masuk kerana selut )  akhirnya kata sepakat diterima Feb 2019 menjadi tarikh keramat.  

Dengan menggunakan jentera "Cari makan" masing2 akhirnya pada waktu yg ditetapkan kami berlima yg terdiri drp:-

Bro Kazam Abg Long
Bro Nazmi UPM
Bro Azraii Big Sponser 
Bro Hj Bahrim 
dan Aku, Bro Zul 



Maka sepertimana yang dirancang RV pertama di BHP highway karak jam 11.00 malam........masih menunggu Bro Azraii.......senyum kegirangan Bro Kazam Abg Long dan Bro Nazmi UPM


Isi minyak kat shell karak...............apa la LC ni 3.5 liter je...berapa kali kena berhenti daaaaa.


Jam 1.00 pagi kami keluar melalui exit Temerloh......Rehat dan supper disalah sebuah kedai makan, Bro Kazam punya selera, boleh dia order paprik belut tgh2 mlm..............jangan ko nak patah balik cari bini ko sudah... Kah Kah kah


Jam 2:30 pagi, kami dah sampai shell Jerantut. Semua Jentera isi full tank termasuk tong reserve. Ini last stesen minyak hingga ke Kuala Tahan. Perjalanan masih berbaki 140 KM ke Kg Bukit Mat Daling. 


Jam 4:30 pagi, kami dah sampai ke Kuala Tahan......apalagi gambar kenangan Bro Azraii Big Sponser Dan Hj Bahrim


 Letih tapi seronok


Bro Kazam Abg Long


Jam 5 pagi, Di masjid Kuala Tahan........luruskan pinggang sementara menunggu subuh


Usai Solat subuh, kenangan di sekitar Masjid Kuala Tahan


Breakfast dulu restoren terapung.....tapi tak la terapung sgt


Steady la Bro Azraii


Jam 8:30 pagi, disimpang ke kg. Mat Daling.......masih tebal awan nano.....sejuk usah cakapla... ada 70 KM lagi perjalanan.....go go go


Gambar2 kenangan


Dah sampai kg. Mat Daling, tapi ada lebih kurang 10 KM guna off-road ke Pak Engku Chalet. Jangan ada tayar yang pancit usaha.. ......  Dah rasa mcm motocross


Jam 11.00 pagi sampai ke Pak Engku Chalet lepas layan mata..... Apalagi perut pun dah berbunyi mula la minta nasi


Muka2 lapar


Suasana petang


Dia buat Gila dah...... Mandi tengah Sungai



Sembang dgn bro GS ni,  Dia kata ko org ni memang gilerrrr.......naik moto Jalan Jerantut ke kuala tahan tengah2 Mlm........ Kah Kah.....jiwa kena kena kental brother. 



Ni dah kenapa pulak......nak jadi nelayan ke...

Dinner time....disediakan Oleh Pak Engku chalet..... Memang sedap..... Tq bro coco


Check out jam 5:45 pagi.... Usai Solat subuh di Masjid kg Bukit Mat Daling....kami Bergerak balik.....sebelum tu singgah dulu sarapan tengah Jalan.... Kah Kah.... Jalan lengang nak jumpa satu Kereta pun susah....


Steady Hj Bahrim.....biar nampak lama tapi jiwa muda


Dia buat gilerrrr lagi,  baring tengah Jalan..... Kah kah


Ready ride to KL


Sehingga jumpa lagi, Kg Bukit Mat Daling......ada rezeki kita ke sana lagi.

Alhamdulillah, Kami sampai KL jam 2:30 petang.


Total perjalanan 400 KM, kos keseluruhan termasuk petrol, makan Dan chalet lebih kurang RM 500.00.

Next Ride kita bincang.....ki ki